Wednesday 8 February 2017

PROSES KEJADIAN ALAM TABI'I



1.  Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
2.  Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi'i adalah kosmos/cosmos yang bermaksud tertib,harmoni,peraturan dan perhiasan.
3.  Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emperikal.
4.  Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam,struktur atau perlembagaan islam,penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.
5.    Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
6.    Dalam Al-Quran pula,alam tabi'i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya,bumi dan seluruh isi kandungannya serta peghuninya dan juga segala apa yang berada di antara langit dan bumi.

Firman Allah Yang Bermaksud:

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ 
كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
(Surah Al-Fussilat:53)


   7.Daripada ayat tersebut,Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba Nya di segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains,supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran.

   8.Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

Alam Tabi’I
 Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi'I adalah kosmos/cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan hiasan.

Alam tabi'i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan di bumi

Surah Al-Fussilat ayat 53:
  •          Maksudnya: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ?"

Fenomena Alam Tabi’i dalam Al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam
   
a.    Alam ini diciptakan oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.
           

     1)    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 11

        Terjemahan:

“       Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”             (Surah al-Baqarah : 117)

      2)    Surah Al-Furqan ayat 59

        Terjemahan: 

        “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

     3)    Surah Nuh ayat 15 – 16

        Terjemahan :

        "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
b.    Alam diciptakan secara berpasang-pasangan             
                  i.        Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
                      ii.        Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.
                      iii.        Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
                            iv.        Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).

       1)    Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:

        Terjemahan :

        “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.

      2)    Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
        Terjemahan : 

        “Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”

     3)    Surah An-Naba’ ayat 8 :

        Terjemahan : 

         “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
c.    Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.         

             i.        Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
          ii.        Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
                iii.        Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
                  iv.        Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
                v.        Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
               vi.        Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :

      1)    Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :

         Terjemahannya : 

        “Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”.

      2)     Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :

        Terjemahannya :
     “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.





" Sedikit tontonan mengenai Alam Tabi'i untuk dikongsi bersama, harap terhibur dan menghayati ciptaan Allah S.W.T "

      
Rujukan

Rujukan dalam pembikinan blog ini adalah:

Buku Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Keluaran Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Sumber video diambil daripada:

Youtube.com

No comments:

Post a Comment