Tuesday 7 February 2017

MADU LEBAH



Firman Allah Subhannahu Wa Taala,

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”,
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” 

     Pengungkapan mengenai lebah di dalam maksud firman allah di atas merupakan penyaksian kepada tanda-tanda kebesaran allah. Orang yang mengetahui berkaitan lebah sudah pasti merangkumi kehidupan serangga ini. Kekaguman ini membawa kepada hakikat wujudnya Maha Pencipta yang mempunyai segala kebesaran dan kekuasaan. Apa yang hendak dinyatakan di sini ialah,bahawa maksud ayat daripada surah an-nahl tersebut memberikan suatumaklumat atau fakta biologi yang terperinci mengenai sesuatu jenis serangga yang diungkapkan di dalam Al-Quran. Serangga-serangga lain hanya disebut namanya sahaja, tidak lebih dari itu.Keterangan mengenai lebah meliputi pelbagai aspek,seperti sejarah hidup,jenis makanan dan cara mendapatkannya, tempat membuat sarang dan penternakan lebah, organisasi koloni, dan seterusnya pembentukan madu di dalam perut dan khasiat perubatan dari madu.
     Begitu besar kepentingan lebah kepada manusia, sehingga Allah menurunkan surah an-nahl dengan ayat-ayat yang lengkap mengenai lebah dan kehidupannya.Bermakna,bahawa lebah merupakan serangga terpilih yang mempunyai kedudukan terpenting berbanding dengan serangga-serangga lain.
     Manusia begitu kagum dengan kehidupan lebah. Penerokaan ilmu pengetahuan mengenai lebah masih diteruskan kerana banyak lagi keajaiban yang belum diketahui. Misalnya, Karl Von Frisch telah mencungkil cara bagaimana lebah berkomunikasi antara satu dengan yang lain,iaitu melalui gerakan yang berupa tarian, namun masih banyak yang belum diketahui.
     Sistem isyarat gerakan hanya berkesan pada waktu siang hari di mana ada cahaya untuk penglihatan. Sistem komunikasi dalam masyarakat lebih tidak hanya melalui isyarat-isyarat tarian, tetapi juga dengan isyarat-isyarat lain yang telah dikenal tetapi baru mulai difahami seperti isyarat bau, iaitu dengan pengeluaran bahan kimia yang dikenali sebagai feromon.


KESIMPULAN
Untuk menganggap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam Al-Qur’an merupakan  satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar. Al-Qur’an mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini dalah ayat yang berikut:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  dan pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal (Aali – ‘Imraan : 190 )
Bukti-bukti saintifik di dalam Al-Qur’an membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengarang sebuah kitab, 1,400 tahu tahun yang lalu, yang mengandungi  fakta-fakta saintifik yang terperinci , yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.
Walau bagaimanapun Al-Qur’an bukan sebuah kitab sains , tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk’. Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni dengan alam ini. Al-Qur’an sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai Al-Qur’an dan sains moden dan penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini sedang berjalan. InsyaAllah penyelidikan ini akan membantu manusia untuk mendekati ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta saintifik yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Tidaklah adil bagi saya untuk menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.
Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk saintifik sahaja yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Ada orang yang mungkin memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk untuk meyakini bahawa Al-Qur’an sebenarnya  ayat-ayat Allah. Ada orang yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk. Al-Qur’an mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat berikut:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ
Mereka tuli, bisu ( dan) buta , maka mereka tidak dapat kembali (keluar dari kesesatan) . ( Al-Baqarah : 18 )
Al-Qur’an mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism ‘ (anutan-anutan) yang direka oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu sendiri?
Kami berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan padaNya kami mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).

Nota:  Kami mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri kami sendiri. Wallahu’alam –

                                                                       

3 comments:

  1. woah, there's a lot of good points on this site. goodjob!

    ReplyDelete
  2. Baccarat - Learn How To Play Online Poker - FEBCASINO
    Baccarat is 피망 바카라 a game where you are dealt the cards, with the object being to You can play Baccarat online.

    ReplyDelete