Wednesday 8 February 2017

PROSES DAN HIKMAH KEJADIAN TELINGA


Telinga sebagai alat mendengar
Firman Allah S.W.T. :
“Dan Dialah yang menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur”.
                                                                                                                                     (Al-Mu’minuun:78)
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
                                                                                                                                                 (An-nahl:78)
     Di dalam ayat-ayat Al-Quran sepertimana di atas dan di mana sahaja pendengaran dan penglihatan dinyatakan sebagai anugerah Allh yang Maha Mengasihi. Pendengaran diperkatakan dahulu,membawa maksud bahawa pendengaran adalah lebih penting daripada penglihatan untuk seseorang manusia.
Telinga sebagai pusat saraf
     Keupayaan  kanak-kanak yang dilahirkan pekak tidak dapat mempelajari bahasa dan perkara-perkara lain kecuali dengan banyak kesukaran. Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan buta adalah cacat tetapi adalah lebih senang untuk mengajarnya bahasa dan lain-lain keupayaan.
    
 Al-Quranul Karim menggunakan bentuk kata tunggal untuk perkataan “As-Sama” untuk pendengaran manakala menggunakan bentuk jamak untuk penglihatan iaitu “Al-Absar”. Ini menunjukkan telinga sebagai pusat saraf bagi pendengaran dan sekaligus alat perakam yang canggih untuk disampaikan ke organ otak.
    
 Pusat-pusat visual di dalam otak (lobus oksipital) adalah berpasangan manakala pusat pendengaran dianggap tunggal walaupun diwakili pada kedua-dua belah lobus temporal otak.
    
 Pada embrio, telinga berkembang daripada tiga bahagian yang ketara:
a. Telinga eksternal (luar)
    
 Telinga eksternal berperanan untuk mengumpulkan bunyi. Terbentuk  daripada bahagian-bahagian saraf di sekeliling gengang-gendang telinga.
b. Telinga tengah
     
Telinga tengah berfungsi sebagai penyelaras bunyi dari bahagian luar ke bahagian telinga dalam. Ia merangkumi tiga osikel, iaitu maleus, inkus dan stapes, serta membrane timpanun (gegendang telinga). Osikel-osikel (tulang-tulang kecil telinga) berasal daripada mesodermal lengkung faring pertama dan kedua. Membran timpanun (gegendang telinga) dan kaviti berasal daripada entoderma kantung dan celahan faring pertama.
c. Telinga dalam
    
 Telinga merangkumi dua bahagian:
· auditori yang menukar gelombang-gelombang bunyi kepada impuls-impuls  
            saraf, yang dikonduksikan oleh saraf auditori ke otak.
· Bahagian vestibular yang mencatat perubahan-perubahan keseimbangan dan mengkonduksikannya ke otak melalui saraf vertibular.
    
 Apa-apa perubahan pada penerimaan gendang telinga akan dicatat dengan automatik oleh saraf telinga sebelum ia disampaikan ke organ otak. Perubahan ini akan disalurkan ke otak melalui saraf vestibular.
     Tanda pertama perkembangan telinga ialah pada sekitar hari ke-22. Telinga muncul sebagai suatu tebalan permukaan ektorderma pada kedua-dua belah otak belakang (rombensefalon). Tebalan ini dikenali sebagai plakod otik. Ia perakam dan melalui trasformasi untuk bertukar menjadi vesikal auditori(otik)(gelembung). Gelembung ini berkembang kepada dua komponen;yang satu berhubung kait dengan pendengaran (koklea);manakala yang satu lagi berhubung kait dengan keseimbangan (sakul,utrikel dan kanal-kanal semibulat).struktul-struktul ini muncul buat pertama kalinya pada minggu ke enam. Menjelang minggu ke lapan ,struktul-struktul ini telahpun hampir kepada bentuk akhir sebelum lahir.

 RUJUKAN:
NAMA BUKU : KEJADIAN ORGAN TUBUH MANUSIA (MENURUT PERSPEKTIF ISLAM & SAINS)
KARYA :ABU JAAFAR MUKMIN

No comments:

Post a Comment