Wednesday 8 February 2017



POLITEKNIK MUKAH
MALAYSIA
SESI JUN 2016
              TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA:
MUHAMMAD UTHMAN BIN AZHARI (20DKM16F1002) 
           MOHAMMAD HAFIZ BIN SAUFIAN (20DKM16F1033)
           NUR RAIHAN BINTI ROSNAN  (20DKM16F1030)
           NUR IZDIHAR BINTI AHMAD  (20DKM16F1010)
     MOHAMMAD HAMIZAN BIN MOHAMMAD (20DKM16F1043)

TAJUK:

FAKTA,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PROGRAM:
DKM 2A

NAMA PENSYARAH:
CIK NOR IZZATI BINTI MAHD NOR

JABATAN:
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Nor Izzati Binti Mahd Nor.

Pensyarah Teknologi Dan Kejuruteaan Dalam Islam, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.

 Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
 Begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


PENDAHULUAN
Sains dan teknologi serta fakta -fakta saintifik seperti proses kejadian alam semesta dan proses kejadian manusia telah terkandung di dalam al-quran dan hadis .Manusia boleh memahami tujuan sebenar sesuatu penciptaan dengan mengkaji isi kandungan al-quran dan hadis serta mengaplikasikan dan mengaitkan dalam proses uji yang dijalankan oleh para saintis. 


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 

Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan


   Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam

Bil
Aspek Bahasa
Aspek Keilmuan Islam
1
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak bertulis
[ وحي غير متلو] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad)  sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”                                                                 (Surah An-Nahl:43)
Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.


2.1.2   Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam
Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :


Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)


Bil
Peranan
Huraian
1
Menjelaskan Aqidah Islam
-     Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
-     Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
2
Menerangkan Syariat Islam
-     Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.
-     Sebagai penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
-     Al-Qur’an diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya
3
Menghuraikan Akhlak Islam
-     Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
-     Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
-     Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
-     Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.
-     Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
-     Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.
-     Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
4
Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia
-      Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
-      Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an
5
Menegakkan keadilan
-      Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
-      Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.


2.1.3  Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil
Wahyu Sumber Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan

Huraian
1
Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji
Ø  Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø  Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

Bukti-bukti dalam  ayat al-Quran :-

1)   Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20

Maksudnya: 

Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) 
(Surah Al-Ghasiah :17-20)


2)    Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19

Maksudnya : 

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah   matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.



3)    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
 Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan  menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”


2
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
Ø  Sifat al-Quran sebagai petunjuk  dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø  Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-

1)          Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)

2)          Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11

Maksud ayat : 

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.


3)          Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat : 

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu  dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
3
Menggalakkan pembangunan teknologi.
Ø  Memberi galakan dalam membina teknologi.

Ø  Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

Ø  Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1)    Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:

Maksud ayat :

“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)




2)    Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”

3)          Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat : 

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
4
Panduan dalam penggunaan teknologi
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.

1)   Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41

Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

5
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran
Ø  Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø  Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø  Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.

Ø  Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.

Ø  Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1)   Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:

Terjemahan :

 “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”

AL-QURAN DAN BUMI YANG MEMILIKI RETAK


Ketika kita memerhatikan planet kita dari luar, kelihatan bola biru yang tengah terapung tenang di alam semesta yang luas ini. Tapi tatkala kita masuk ke bahagian dalam Bumi kita akan menjumpai retakan, celah, getaran serta reaksi kimia. Bahkan kita akan kehairanan dengan kepadatan panas yang terdapat di dalamnya.

Dahulu dikatakan bahawa gempa hanya terhad pada bahagian-bahagian tertentu pada Bumi, tapi setelah tersedianya alat canggih dalam pengukuran, penyelidikan membuktikan bahawa semua bahagian Bumi terpengaruh dari retak dan kejutan yang dihasilkan oleh gempa. Kadangkala bila gempa terjadi kita tidak merasakannya kecuali jika kekuatan goncangnya tergolong besar.

Dahulu dikatakan bahawa gempa hanya terhad pada bahagian-bahagian tertentu pada Bumi, tapi setelah tersedianya alat canggih dalam pengukuran, penyelidikan membuktikan bahawa semua bahagian Bumi terpengaruh dari retak dan kejutan yang dihasilkan oleh gempa. Kadangkala bila gempa terjadi kita tidak merasakannya kecuali jika kekuatan goncangnya tergolong Besar. 

Maka dari itu saintis membuat kesimpulan bahawa retak pada Bumi akan terus-menerus bertambah seiring terjadinya gempa, seperti yang disampaikan dalam al-Quran:

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ

"dan bumi yang mempunyai Retakan." (Surah Ath-Thaariq: 12)

Dalam ayat ini Allah SWT bersumpah dengan ciptaan-Nya iaitu Bumi beserta dengan fenomena geologinya yang menakjubkan iaitu Retakan Bumi, الصدع (Retakan) dalam bahasa Arab boleh bererti 'pecahan'. Dan jika benar Bumi memiliki retakan maka dimanakah letak retakan itu?

Gambar Lava yang mengalir keluar dari celah retakan Bumi kemudian mengeras lalu membatu

Sejak memasuki awal abad ke-20 saintis mula menyedari bahawa kerak Bumi beserta dengan lapisannya ibarat bahagian yang terdiri dari ruas-ruas membentang ribuan kilometer yang membahagikan planet ini. Mereka memberikan gambaran peta yang menjelaskan keadaan ruas retak Bumi atau celah rangkaian yang membentang. 

Dan pada akhirnya mereka pun menjumpai keretakan yang besar terbentang sepanjang lebih dari 40 ribu kilometer dan mereka menamainya `Pacific Ring of Fire`. Lingkaran ini dijumpai di dasar Lautan Pasifik dan memanjang di sepanjang pantai barat Amerika melalui Alaska dan Jepun, Filipina, Indonesia dan Kepulauan Pasifik Barat dan New Zealand. 

Sesungguhnya reaksi kejutan (Gempa) pada lingkaran ini menyebabkan ruas-ruas pada Bumi saling berlanggar, para saintis juga menjelaskan bahawa 90 peratus gempa yang terjadi di Bumi tertumpu pada lingkaran ini (menurut US Geological Agency USGS).

Gambar Pacific Ring of Fire yang berada di dasar samudera

Lingkaran Panjang ini merupakan Retakan Terpanjang di Dunia dan merupakan salah satu daerah yang paling berbahaya dan para saintis menganggapnya sebagai salah satu Fenomena Alam yang aneh dan unik. 

Tetapi timbul pertanyaan Kenapa Fakta Geologi ini disebutkan dalam Al-Quran? 

Jawapannya adalah kerana Allah SWT ingin memperlihatkan fenomena geologi yang penting ini kepada para Ateis dan pengingkar kebenaran agama Islam, agar mereka mengakui bahawa sebelumnya di alam semesta ini yang penuh dengan rahsia tersembunyi tidak ada seorang pun yang tahu tentang fenomena retak tersebut, hingga diturunkannya Al-Quran yang menyebutkan fakta ilmiah tersebut dalam ayat:

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ * إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْل

"Dan Bumi yang memiliki retak. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil."  (Surah Ath-Thaariq: 12-13)

Apabila mereka telah mengetahui perkara tersebut maka semestinya mereka perlu sedari bahawa Al-Quran bukanlah buatan manusia melainkan perkataan yang sangat jelas dan terperinci dari Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui rahsia langit dan bumi.


Rujukan:

1 - Walker, J.C. History of the Earth (Jones and Bartlett, 1985)
2 - Butterfield, Moira. The Earth (Kingfisher, 1992).
3 - Bramwell, Martyn. The Simon and Schuster Young Reader's Book of Planet Earth (Simon and Schuster, 1992).
4 - Inside the Earth, www.usgs.gov
5 - http://www.nps.gov/history/history/online_books/hawaii-notes/vol4-2-7e.htm

AL-QURAN DAN RAHSIA BESI


Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al Qur'an . Dalam Surah Al-Hadiid , yang bererti "Surah besi" , kita diberitahu sebagai berikut;

"... Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ...." ( Al Qur'an , 57:25 )

Kata "anzalnaa" yang bererti "Kami turunkan" khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini , dapat ditafsirkan secara kiasan untuk menjelaskan bahawa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, yakni "secara fizikal diturunkan dari langit", seperti penggunaan perkataan ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali secara literal, seperti turun hujan atau wahyu, kita menyedari bahawa ayat ini membayangkan satu keajaiban saintifik yang amat penting. Kerana, penemuan astronomi moden telah mendedahkan bahawa besi yang terdapat dalam dunia kita telah datang dari bintang gergasi di luar angkasa. [1]

Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang raksasa. Akan tetapi sistem suria kita tidak mempunyai struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara mandiri. Kerana suhu di Matahari adalah tidak mencukupi untuk pembentukan besi. Matahari mempunyai suhu permukaan iaitu 6,000 darjah Celsius, dan suhu teras kira-kira 20 juta darjah. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beberapa ratus juta darjah.

Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meletup melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari letupan ini, meteor-meteor yang mengandungi besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh daya graviti benda angkasa. [2]

Satu sumber saintifik memberikan maklumat yang berikut mengenai perkara ini: 

"Terdapat juga bukti untuk kejadian-kejadian supernova yang lebih tua: Tahap Peningkatan besi-60 dalam sedimen laut dalam telah ditafsirkan sebagai tanda-tanda bahawa satu letupan supernova berlaku dalam masa 90 tahun cahaya matahari kira-kira 5 juta tahun dahulu. Besi-60 adalah isotop radioaktif besi, terbentuk dalam letupan supernova, yang mereput dengan setengah hayat sebanyak 1.5 juta tahun. Kehadiran dipertingkatkan dari isotop ini dalam lapisan geologi menunjukkan nucleosynthesis elemen-elemen baru-baru ini berdekatan dalam angkasa dan pengangkutan berikutnya mereka ke bumi (mungkin sebagai sebahagian daripada butiran habuk)." [3]

Semua ini menunjukkan bahawa besi tidak terbentuk di bumi, tetapi telah dibawa dari Supernova, dan telah "diturunkan," seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Adalah jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui pada abad ke 7, ketika Al-Quran diturunkan. Walau bagaimanapun, fakta ini adalah berkaitan dalam al-Quran, Firman Allah, yang merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan tidak terbatas. [4]

PROSES KEJADIAN ALAM TABI'I



1.  Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
2.  Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi'i adalah kosmos/cosmos yang bermaksud tertib,harmoni,peraturan dan perhiasan.
3.  Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emperikal.
4.  Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam,struktur atau perlembagaan islam,penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.
5.    Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
6.    Dalam Al-Quran pula,alam tabi'i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya,bumi dan seluruh isi kandungannya serta peghuninya dan juga segala apa yang berada di antara langit dan bumi.

Firman Allah Yang Bermaksud:

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ 
كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
(Surah Al-Fussilat:53)


   7.Daripada ayat tersebut,Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba Nya di segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains,supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran.

   8.Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

Alam Tabi’I
 Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi'I adalah kosmos/cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan hiasan.

Alam tabi'i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan di bumi

Surah Al-Fussilat ayat 53:
  •          Maksudnya: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ?"

Fenomena Alam Tabi’i dalam Al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam
   
a.    Alam ini diciptakan oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.
           

     1)    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 11

        Terjemahan:

“       Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”             (Surah al-Baqarah : 117)

      2)    Surah Al-Furqan ayat 59

        Terjemahan: 

        “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

     3)    Surah Nuh ayat 15 – 16

        Terjemahan :

        "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
b.    Alam diciptakan secara berpasang-pasangan             
                  i.        Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
                      ii.        Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.
                      iii.        Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
                            iv.        Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).

       1)    Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:

        Terjemahan :

        “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.

      2)    Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
        Terjemahan : 

        “Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”

     3)    Surah An-Naba’ ayat 8 :

        Terjemahan : 

         “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
c.    Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.         

             i.        Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
          ii.        Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
                iii.        Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
                  iv.        Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
                v.        Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
               vi.        Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :

      1)    Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :

         Terjemahannya : 

        “Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”.

      2)     Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :

        Terjemahannya :
     “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.





" Sedikit tontonan mengenai Alam Tabi'i untuk dikongsi bersama, harap terhibur dan menghayati ciptaan Allah S.W.T "

      
Rujukan

Rujukan dalam pembikinan blog ini adalah:

Buku Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Keluaran Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Sumber video diambil daripada:

Youtube.com